Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Operasi serbuan CNB: Pegawai sebak temui bayi 10 bulan menangis, langsung buatkan susu

104 individu disyaki pesalah dadah diberkas; dadah bernilai lebih $198,000 dirampas
Jul 17, 2021 | 8:49 PM
PENEMUAN YANG BUAT HATI SEBAK: Dalam operasi serata pulau Biro Narkotik Pusat (CNB) memberkas individu yang disyaki pesalah dadah, tiga kanak-kanak kecil ditemui dengan salah seorangnya merupakan kanak-kanak 10 bulan. Foto ini menunjukkan pegawai CNB yang terkesan melihat bayi ini nangis lantas menyiapkannya susu. - Foto FACEBOOK CNB
PENEMUAN YANG BUAT HATI SEBAK: Dalam operasi serata pulau Biro Narkotik Pusat (CNB) memberkas individu yang disyaki pesalah dadah, tiga kanak-kanak kecil ditemui dengan salah seorangnya merupakan kanak-kanak 10 bulan. Foto ini menunjukkan pegawai CNB yang terkesan melihat bayi ini nangis lantas menyiapkannya susu. - Foto FACEBOOK CNB -

TIGA kanak-kanak kecil termasuk seorang bayi berusia 10 bulan ditemui dalam operasi serata pulau Biro Narkotik Pusat (CNB) yang menangkap 104 pesalah dadah yang disyaki antara 12 dengan 16 Julai lalu.

Mereka berada sangat dekat dengan tapak di mana pengambilan dadah haram atau kegiatan bersangkutan dengannya dijalankan. Dua kanak-kanak lain berusia lima dan dua tahun.

Sebanyak 1.8 kilogram 'Ice', 535 gram pil Ecstasy, 191 gram heroin, lima gram bahan psikoaktif baru (NPS) dan enam pil Ecstasy yang dianggarkan bernilai lebih $198,000 dirampas.

Individu termuda yang ditangkap dan disyaki menyalahgunakan dadah adalah belia lelaki Singapura berusia 16 tahun.

Demikian dedah CNB, dalam kenyataannya pada Jumaat (16 Julai) berkenaan operasi yang antara lain dijalankan di Ang Mo Kio, Geylang, Punggol, Simei dan Yishun.

Menurut CNB lagi, kebajikan kanak-kanak yang ditemui turut dipelihara dengan mereka diletakkan dalam jagaan selamat anggota keluarga terdekat.

Di dalam lampiran Facebook CNB pada Jumaat, kelihatan foto seorang pegawai CNB mengangkat bayi 10 bulan itu dengan satu tangan manakala satu tangan lagi sedang menuang air panas bagi menyiapkannya susu.

Ulas pegawai berkenaan:

"Sebagai ayah kepada dua anak perempuan, saya serta-merta tahu bayi ini perlu minum susu apabila saya lihat dia menangis. Ia menyedihkan saya melihat pada mangsa tidak berdosa ini dibesarkan dalam sekitaran begini. Ini adalah sebab mengapa pegawai CNB terdorong memberi yang terbaik dalam tugas kami."

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, menulis di Facebook:

"Setiap anak yang perlu membesar dalam situasi sebegini (sekitaran dengan aktiviti penyalahgunaan dadah) menggambarkan situasi menyedihkan. Satu kes anak sebegini sahaja sudah dianggap terlalu ramai.

"Kerana itu, kita perlu bersatu dalam perjuangan kita menentang dadah."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg