Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Operasi terakhir Taman Burung Jurong 3 Jan

Aug 31, 2022 | 5:30 AM
PEMINDAHAN LOKASI: Kira-kira 3,500 burung di Taman Burung Jurong akan berpindah ke Bird Paradise di Mandai Wildlife Reserve. - Foto fail
PEMINDAHAN LOKASI: Kira-kira 3,500 burung di Taman Burung Jurong akan berpindah ke Bird Paradise di Mandai Wildlife Reserve. - Foto fail -

OPERASI terakhir Taman Burung Jurong ialah pada 3 Januari tahun depan yang merupakan ulang tahun ke-52 taman itu sejak ia mula dibuka kepada pelawat pada 1971.

Pengendali taman itu, Mandai Wildlife Group, berkata semalam bahawa berikutan penutupan itu, kakitangan taman seluas 20 hektar itu dan kira-kira 3,500 ekor burung akan berpindah ke Bird Paradise di Mandai Wildlife Reserve.

Ia akan menyertai Taman Haiwan Singapura, River Wonders dan Night Safari, serta tarikan lain di Mandai yang akan datang termasuk Rainforest Wild dan resort baru yang dikendalikan oleh Banyan Tree Hotels & Resorts.

Dari Sabtu ini hingga hari terakhir operasinya, Jurong Bird Park akan menjalankan satu siri jeguatan, lawatan dan perjalanan jejak penerokaan yang mengimbau sejarah taman itu.

Jejak warisan berpandu sendiri akan menampilkan satu siri paparan warisan mengenai peristiwa penting dalam sejarah taman itu.

Pengunjung boleh melihat taman melalui pandangan kakitangan taman apabila mereka memulakan laluan yang dikendalikan oleh kakitangan itu. Peta jejak tersedia untuk dimuat turun.

Mulai November pula, satu Lawatan 'Nostalgic Signature' akan diadakan dengan pemandu berpengalaman akan berkongsi anekdot tentang burung di taman itu, serta tentang seni binanya.

Tempahan untuk lawatan ini, yang termasuk sesi memberi makan di zon African Treetops dan Waterfall Aviary, akan dibuka pada 19 Oktober ini.

Gerai kecil yang menjual tambang penjaja tempatan dan kegiatan karnival juga akan ditawarkan pada November.

Mandai Wildlife Group berkata maklumat terkini mengenai Bird Paradise akan dikongsi kemudian.

Baki tarikan baru di Mandai Wildlife Reserve dijangka disiapkan pada 2024.

Kakitangan Taman Burung yang telah lama berkhidmat berkata pemindahan itu adalah suka duka buat mereka.

"Terdapat ramai antara kami yang menyertai badan itu pada awalnya dan telah berada di sini selama beberapa dekad," kata naib presiden Jurong Bird Park, Cik Daisy Ling, yang mula bekerja di sana pada 1982 sebagai pegawai pendidikan.

"Kami berharap masyarakat setempat dapat menyertai kami dalam beberapa bulan akan datang untuk menjadikan ini sebagai penutup yang layak untuk taman sebelum kami buka lembaran baru," tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg