Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Orang ramai boleh beri pandangan dalam usaha pembaharuan galeri tetap Muzium Negara

Jun 7, 2023 | 5:30 PM
USAHA PEMBAHARUAN: Galeri tetap Muzium Negara akan ditutup bagi kerja pembaharuan secara bertahap, dengan pihak berkepentingan dan orang awam akan turut didekati berhubung pendekatan serta kandungan di tahap kerja pembaharuan yang berbeza.
USAHA PEMBAHARUAN: Galeri tetap Muzium Negara akan ditutup bagi kerja pembaharuan secara bertahap, dengan pihak berkepentingan dan orang awam akan turut didekati berhubung pendekatan serta kandungan di tahap kerja pembaharuan yang berbeza. - Foto ST

Orang ramai kini boleh mendaftar untuk memberi pandangan mereka berhubung usaha pembaharuan galeri tetap Muzium Negara Singapura, yang akan berlangsung secara bertahap dari September 2023 hingga hujung 2026.

Institusi tersebut mengumumkan pada Rabu bahawa galeri tetapnya - lima galeri di tingkat dua, rotunda kaca dan Galeri Sejarah Singapura - akan ditutup pada pelbagai tempoh bagi kerja pembaharuan itu, bermula dengan galeri di tingkat dua itu yang akan ditutup dari 4 September hingga 2025.

Bagaimanapun, muzium itu akan terus dibuka sepanjang kerja pembaharuan dijalankan.

Menurut muzium itu, pihak berkepentingan dan orang awam akan turut didekati berhubung pendekatan dan kandungan di tahap kerja pembaharuan yang berbeza.

Tambahnya, mereka juga berharap dapat meneroka cara untuk memastikan koleksinya boleh diakses oleh lebih ramai orang menerusi sesi pendekatan ini.

Sesetengah barangan yang dipamerkan di galeri di tingkat dua juga akan diperbaharui, menurut muzium itu.

Dalam pada itu, kerja lebih meluas akan dijalankan bagi rotunda kaca muzium itu, iaitu sebuah struktur kubah setinggi 15 meter yang mempunyai laluan sepanjang 50 meter yang merentasinya, serta Galeri Sejarah Singapura.

Selepas kerja pada rotunda itu selesai, Galeri Sejarah Singapura akan ditutup dari awal 2026 dan dijangka dibuka semula pada hujung tahun tersebut.

Galeri yang diubah suai itu dijangka turut dilengkapi dengan jejak kanak-kanak dan mungkin menawarkan ruang pendidikan interaktif atau ruang bagi kegiatan praktikal bagi sekolah dan keluarga, menurut muzium itu.

Selain itu, muzium tersebut juga ingin galeri yang diperbaharui itu untuk memaparkan inisiatif Collecting Contemporary Singapore (Mengumpul Singapura Kontemporari), yang bermula pada Mei 2020 untuk mengumpulkan artifak masa kini.

Selain memperbaharui kandungan galerinya, Muzium Negara juga akan mulakan kerja pemulihan dan peningkatan bagi bangunan utamanya, yang rasmi dibuka pada Oktober 1887 dan diwartakan sebagai monumen negara pada Februari 1992.

Kerja pemulihan dan peningkatan itu akan bermula pada September dan dijangka siap pada 2025.

Orang ramai yang berminat menyertai sesi pendekatan berhubung usaha pembaharuan galeri Muzium Negara itu boleh daftar menerusi laman web go.gov.sg/nmsengageinterest.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg