Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Orang ramai boleh gunakan 169 dewan sukan tertutup, padang sekolah 21 Nov-27 Dis

Nov 18, 2020 | 8:32 PM
BAKAL TERISI SEMULA: Dewan sukan tertutup di sekolah akan terisi kembali apabila orang awam dibenarkan menempah kemudahan ini mulai 21 November. - Foto FAIL
BAKAL TERISI SEMULA: Dewan sukan tertutup di sekolah akan terisi kembali apabila orang awam dibenarkan menempah kemudahan ini mulai 21 November. - Foto FAIL -

PENGGUNAAN awam beberapa kemudahan sukan yang terpilih di bawah Skim Dwiguna (DUS) akan disambung semula mulai Sabtu (21 November) bagi cuti sekolah hujung tahun.

Ini dinyatakan Sport Singapore (SportSG) dan Kementerian Pendidikan (MOE) dalam kenyataan bersama pada Rabu (18 November).

Amalan sedemikian telah digantung pada Mac kerana pandemik Covid-19.

Justeru, dalam tempoh jendela antara 21 November dengan 27 Disember, 50 padang dan 119 dewan sukan tertutup yang terletak di 135 sekolah rendah dan menengah serata pulau akan dibuka bagi tempahan orang awam.

Ia boleh dilakukan awal menerusi aplikasi ActiveSG mulai 18 November ini.

Harga bagi dewan adalah serendah $7.40 sejam bagi warga Singapura sementara tempahan padang berharga $50.

Bagaimanapun, padang dan gelanggang bebas untuk permainan di bawah DUS yang tidak terletak dalam lingkungan dewan sukan tertutup yang terpilih akan kekal ditutup bagi kegunaan ramai.

SportSG dan MOE menambah mereka akan menyemak kemungkinan melanjutkan penggunaan kemudahan DUS buat awam melepasi 27 Disember.

Ketua ActiveSG, Encik Sng Hock Lin, berkata tujuan membuka semula beberapa kemudahan adalah bagi menawarkan lebih banyak ruang untuk orang awam bersenam sedang keselamatan mereka serta pelajar dan kakitangan sekolah tidak diabaikan.

"Dalam kita menggalakkan setiap orang meneruskan gaya hidup aktif, kami juga menggesa agar semua orang melakukannya dengan selamat dan rasa tanggungjawab di samping kekal berjaga-jaga.

"Prinsip yang tersemat dalam memulakan semula kegiatan fizikal dan sukan di bawah pengurusan tegas lagi selamat ini adalah bagi menyediakan sekitaran selamat buat orang ramai dan mengurangkan jangkitan Covid-19 dalam masyarakat," ujar Encik Sng.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg