Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Orang ramai diajak kongsi gambar, penulisan rakam pengalaman pandemik Covid-19

May 21, 2020 | 1:32 PM
GARA-GARA COVID-19: Tempat duduk di kolong blok dikepung dan orang ramai tidak lagi dibenarkan duduk di sana sebagai sebahagian usaha Singapura mengekang penularan wabak Covid-19. - Foto LIM YAOHUI
GARA-GARA COVID-19: Tempat duduk di kolong blok dikepung dan orang ramai tidak lagi dibenarkan duduk di sana sebagai sebahagian usaha Singapura mengekang penularan wabak Covid-19. - Foto LIM YAOHUI -

DI masa akan datang setelah selesai pandemik Covid-19, bagaimanakah ia akan dikenang?

Untuk membantu generasi akan datang lebih memahami pengalaman yang dilalui sekarang sedang Singapura dan dunia dicengkam koronavirus itu, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dan Muzium Nasional Singapura (NMS) mengajak orang ramai berkongsi bahan mendokumenkan pengalaman mereka.

Dari esok (22 Mei) hingga 31 Disember tahun ini, individu, masyarakat dan organisasi boleh mengirimkan bahan-bahan seperti gambar, video, rakaman audio, penulisan, pelitup buatan sendiri dan poster ke https://go.gov.sg/ documenting-covid19 dan ke https://go.gov.sg/nms-ccs- covid19.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan NLB dan NMS, seruan perkongsian bahan-bahan itu yang dinamakan 'Documenting Covid-19 in Singapore' (Mendokumentasikan Covid-19 di Singapura), bertujuan melibatkan orang ramai dalam merakam detik bersejarah ini.

"Ini sebahagian usaha membangunkan koleksi kontemporari negara, dan mengumpulkan sejarah hari ini bagi hari esok.

"Dengan ini kami dapat memelihara dan menunjukkan gambaran lebih lengkap dan kaya tentang kehidupan di Singapura semasa Covid-19 kepada generasi akan datang," kata kenyataan itu.

Menurut NLB, sejak Februari lalu, mereka telah menyimpan dalam arkib laman web dan siaran televisyen, serta mengumpulkan gambar-gambar berkaitan wabak itu.

Lebih 1,000 gambar telah pun didapatkan sebelum tempoh pemutus litar.

Mereka yang berminat menyumbangkan bahan-bahan atau yang menginginkan maklumat lanjut boleh melungsuri www.nlb.gov.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg