Orang ramai dipelawa kemuka saranan, maklum balas mengenai penggunaan alat mobiliti peribadi
Premium
Orang ramai dipelawa kemuka saranan, maklum balas mengenai penggunaan alat mobiliti peribadi
Apr 3, 2018 | 5:30 AM
PANDANGAN AWAM: Panel Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP) melancarkan tinjauan dalam talian semalam bagi mendapatkan pandangan sama ada pengguna alat mobiliti perlu mengemudi kenderaan mereka lebih perlahan daripada kelajuan maksimum 15 kilometer sejam yang kini dicadangkan. - Foto fail -
ORANG ramai kini dipelawa untuk mengemukakan saranan tentang tata laku penunggang basikal dan pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) semasa menggunakan laluan pejalan kaki dan di kawasan sibuk.
Ini termasuk pandangan sama ada mereka perlu mengemudi kenderaan mereka lebih perlahan daripada kelajuan maksimum 15 kilometer sejam yang kini dicadangkan.

