Orange Ballroom diarah tutup sehingga 10 April kerana langgar peraturan SMM
Orange Ballroom diarah tutup sehingga 10 April kerana langgar peraturan SMM
Mar 22, 2021 | 6:23 PM
The Orange Ballroom di Tanjong Katong Complex diarah tutup dari 22 Mac hingga 20 April 2021. - Foto fail -
THE Orange Ballroom yang membenarkan sepasang pengantin baru mengadakan tiga majlis yang melibatkan 275 orang telah diarah tutup selama 20 hari kerana melanggar peraturan langkah pengurusan selamat (SMM).
Ia diarah tutup dari hari ini (22 Mac) hingga 10 April 2021.
“
Dalam kenyataannya, Penguasa Tanah Singapura (SLA) berkata duta jarak selamatnya melakukan pemeriksaan di tempat tersebut, yang terletak di tingkat tiga Tanjong Katong Complex, dan mendapati sepasang pengantin telah mengadakan dua majlis pada 1.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 30 Januari lalu.“
Siasatan lanjut pula mendapati bahawa pengaturan telah dilakukan untuk menampung sekitar 300 orang sepanjang tiga majlis pada hari itu. Di bawah undang-undang, pasangan pengantin hanya dibenarkan satu majlis perkahwinan, yang melibatkan tidak lebih dari 100 orang, termasuk pasangan tersebut. SLA mengatakan bahawa siasatan sedang dilakukan kerana terdapat kemungkinan pelanggaran di bawah Peraturan Covid-19 (Tindakan Sementara) (Perintah Kawalan). - The Straits Times
