Dalam usaha meningkatkan daya saingannya, syarikat agensi hartanah dan teknologi hartanah (proptech), OrangeTee & Tie, telah memperbaharui jenamanya dan menjalankan rombakan besar bagi memperbaiki mutu khidmat dan ejen hartanahnya.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Encik Justin Quek, melangkaui estetika kepada misi transformatif yang bertujuan memperkasakan pelanggan dan ejen melalui teknologi, ketelusan dan perkhidmatan yang lebih tinggi.
Syarikat itu, yang dibentuk pada 2000, kini mempamerkan logo OrangeTee serba baru di ibu pejabatnya di 430 Lorong 6 Toa Payoh, melambangkan wawasan berani syarikat mahu melangkah ke masa hadapan.
Langkah penjenamaan semula ini yang diumumkan pada Mac 2024 bukan sekadar peningkatan dari segi visual, bahkan evolusi lengkap misi agensi, yang diketuai oleh Encik Quek.
Agensi itu telah mentakrifkan semula ejen hartanahnya sebagai “penasihat yang dipercayai” dan bukannya sekadar fasilitator transaksi. Anjakan ini menyerlahkan komitmen OrangeTee untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, mewujudkan kepercayaan, dan membina hubungan jangka panjang berdasarkan pengetahuan dan integriti.
Menurut Encik Quek, slogan baru OrangeTee iaitu ‘Find Your Place (Cari Tempat Anda)‘ menekankan komitmen OrangeTee mahu membantu bukan saja pelanggan mencari hartanah mereka, malah memberikan sokongan padu yang diberikan kepada ejen supaya dapat melakar kerjaya mereka, termasuk membekalkan ilmu, dan menyediakan latihan, alatan teknologi, dan laporan penyelidikan pasaran.
“OrangeTee ialah agensi pertama dan satu-satunya dalam industri yang memberi komisen 100 peratus daripada pelancaran baru, berkuat kuasa serta-merta selama sembilan bulan akan datang,” kata CEO itu, sambil menyatakan ia mencerminkan dedikasi agensi terhadap pemerkasaan ejen dan sokongan kewangan.
Selaras dengan hala tuju inovatifnya, OrangeTee melancarkan hab penyelidikan baru semasa konvensyen tahunannya. Hab ini menawarkan penyediaan maklumat terperinci tentang pelbagai sektor pasaran, seperti Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), kediaman persendirian, komersial dan perindustrian, yang dibentangkan melalui maklumat grafik interaktif dan laporan bertema.
Bagi meningkatkan penglibatan digital, OrangeTee sedang membangunkan AMOS (Sistem Operasi Mudah Alih yang didayakan Kecerdasan Buatan [AI]), sistem CRM termaju yang direka untuk menyelaraskan aliran kerja dan komunikasi antara ejen dengan pelanggan, meningkatkan produktiviti dan mutu perkhidmatan.
Agensi itu juga telah mewujudkan beberapa perkongsian strategik pada 2024 untuk melengkapkan penasihatnya dengan sumber dan akses kepada ruang yang inovatif.
Kerjasama dengan firma seperti Motorist, JustCo, iQuadrant, Crestbrick dan Century 21 menawarkan perkhidmatan nilai tambah, seperti pilihan pembiayaan alternatif dan ruang kerja yang fleksibel, demi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang.
Perkongsian ini juga memanjangkan penyenaraian hartanah OrangeTee pada peringkat antarabangsa, termasuk di Jepun, Britain dan Australia, lantas menawarkan pelanggan pilihan yang lebih luas.
OrangeTee juga menaja acara The Home Expo 2024, menekankan lagi kedudukannya sebagai peneraju pemikiran dalam bidang hartanah. Acara itu menarik lebih 12,000 pengunjung dan menampilkan ceramah oleh pakar industri, bertujuan mengeratkan hubungan antara ejen dengan bakal pencari rumah.
Semasa pameran itu, OrangeTee turut mengumumkan kerjasamanya dengan Persatuan Kanak-Kanak Singapura untuk menyokong kanak-kanak yang terdedah melalui kempen “Safe Havens, Bright Horizons”.
Wawasan masa depan OrangeTee ialah mengalihkan paradigma hartanah daripada transaksional kepada holistik, menekankan huraian yang mengutamakan pelanggan.
Dengan penjenamaan semula ini, agensi itu bersedia menerajui industri dengan mencipta nilai berkekalan untuk pelanggan dan memupuk persekitaran yang menyokong ejennya, sambil menyumbang secara positif kepada masyarakat.
Seorang daripada ejennya, Encik Azan Arifin, 51 tahun, selaku Timbalan Pengarah Cawangan Bersekutu berkata
“OrangeTee ialah rakan kongsi yang luar biasa dalam perjalanan saya sebagai ejen hartanah, terutamanya dalam usaha saya untuk mencapai dan menyokong masyarakat Melayu/Islam di Singapura. Satu aspek utama yang membezakan OrangeTee daripada agensi lain ialah keterbukaan dan galakan program yang disesuaikan dengan keperluan masyarakat tertentu.
“Sokongan ini telah membolehkan saya dan pasukan saya bukan sahaja mengembangkan perniagaan kami malah menyediakan perkhidmatan yang bermakna dan berkesan dalam masyarakat kami.”
Encik Quek yang berbangga dengan pencapaian ejen hartanahnya juga menambah :
“Ejen kami terlibat dalam pelbagai acara kemasyarakatan, secara persendirian dan juga berkumpulan, dan hal ini adalah satu yang saya banggakan kerana penglibatan mereka menunjukkan prinsip dan nilai murni yang kami terapkan dalam hidup – Kejayaan melangkaui aspek kewangan, dan kami harus sentiasa memandang ke hadapan!”
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg