Topik diikuti
Pergi ke BHkuOrkestra Sri Temasek kembali...
Orkestra Sri Temasek kembali...
Orkestra Sri Temasek kembali...
ORKESTRA Sri Temasek yang dibentuk Encik Hanafi Idrus (Afi Hanafi) dan Encik Megat Muhammad Firdaus Mohd pada 2011 dan dianggotai oleh pemuzik muda Melayu, bernafas balik.
Sekian lama, orkestra ini tidak dapat mengadakan persembahan dek sekatan Covid-19.
Kini, dengan kelonggaran Langkah Keselamatan, orkestra itu, yang bernaung di Kelab Masyarakat Tampines West, berpeluang beraksi kembali.
Encik Hanafi, yang juga Presiden Orkestra Sri Temasek, berkata beliau dan rakan-rakannya kini lebih bersemangat merancang kegiatan selanjutnya.
Matlamat mereka ialah untuk terus memasyarakatkan budaya dan tradisi Melayu sesuai dengan keperluan zaman.
"Harapan kami keadaan akan kembali seperti sediakala atau lebih baik lagi selepas ini,'' kata Encik Hanafi.
