Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Orkid hibrid baru dinamakan sempena PM Ardern

Apr 20, 2022 | 5:30 AM
Foto MFA
Foto MFA -

SATU orkid hibrid baru dinamakan Dendrobium Jacinda Ardern sebagai satu penghormatan kepada perdana menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, yang sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Singapura.

Orkid itu campuran Dendrobium Lim Wen Gin dan Dendrobium Takashimaya Singapura dan merupakan hibrid orkid cantik dan berbunga bebas.

Ia menghasilkan perbungaan separuh tegak hingga sepanjang 80 sentimeter yang mempunyai 23 hingga 30 bunga tersusun rapi, setiap bunga kira-kira 6.5 sentimeter lebar.

Kelopak dan sepalnya berwarna putih dengan warna ungu di kawasan hujungnya, dan dilengkapi warna putih kehijauan di tengah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg