SPH Logo mobile
Langgan|

Orkid kacukan baru dinamakan sempena Presiden Marcos dan isteri

Orkid kacukan baru dinamakan sempena Presiden Marcos dan isteri

Sep 8, 2022 | 5:30 AM

Orkid kacukan baru dinamakan sempena Presiden Marcos dan isteri

ORKID BARU TANDA PENGHORMATAN: (Dari kanan) Cik Louise Araneta-Marcos, Presiden Ferdinand Marcos Jr, Dr Vivian Balakrishnan dan Cik Joy Balakrishnan di ucapara menamakan orkid kacukan Dendrobium Ferdinand Louise Marcos di Taman Orkid Negara. - Foto BH oleh NG SOR LUAN
ORKID BARU TANDA PENGHORMATAN: (Dari kanan) Cik Louise Araneta-Marcos, Presiden Ferdinand Marcos Jr, Dr Vivian Balakrishnan dan Cik Joy Balakrishnan di ucapara menamakan orkid kacukan Dendrobium Ferdinand Louise Marcos di Taman Orkid Negara. - Foto BH oleh NG SOR LUAN -

SEJENIS orkid kacukan baru dinamakan sempena Presiden Filipina, Encik Ferdinand Marcos Jr, dan isterinya, Cik Louise Araneta-Marcos, sebagai satu penghormatan buat mereka semalam.

Orkid kacukan Dendrobium Ferdinand Louise Marcos itu tegap dan berbunga secara bebas menghasilkan semburan bunga kira-kira 50 hingga 70 sentimeter panjang.

Ini diumum dalam satu majlis di Kebun Bunga Singapura.

Pemimpin Filipina dan isterinya itu diiringi Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, serta isterinya, Cik Joy Balakrishnan, di acara tersebut di Taman Orkid Negara di kebun bunga itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg