Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

OTH jadi contoh manfaat gabung pengalaman sektor privet, awam

Feb 8, 2021 | 5:30 AM
ENCIK SUHAIMI: Tinggalkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cathay Organisation sekitar enam tahun lalu untuk menyertai sektor awam. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
ENCIK SUHAIMI: Tinggalkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cathay Organisation sekitar enam tahun lalu untuk menyertai sektor awam. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -

KEBERKESANAN menggabungkan pengalaman sektor privet dengan sektor awam boleh dilihat dengan cara Our Tampines Hub (OTH) kian menjadi pusat tumpuan yang menawarkan kededua khidmat awam dan kegiatan komersial di bawah satu bumbung.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata pengarah kanan OTH Suhaimi Rafdi, yang berpindah daripada sektor hiburan untuk berkhidmat di kompleks sehenti masyarakat itu, telah membawa ke OTH kededua kemahiran komersial dan kemahiran sosial.

Encik Chan, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, memberi contoh itu untuk menunjukkan bagaimana sektor awam boleh meraih manfaat apabila pegawainya mempunyai pengalaman yang meluas, termasuk dalam sektor privet.

Encik Suhaimi, kini 53 tahun, meninggalkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cathay Organisation sekitar enam tahun lalu untuk menyertai sektor awam.

Sejak dilancarkan pada 2017, OTH, yang memuatkan 12 agensi awam dan pelbagai kegiatan komersial - daripada cawangan makanan dan minuman (F&B), pasar raya dan studio senaman - kian menjadi tumpuan penduduk.

Ia kini menerima sekitar sejuta pengunjung sebulan

Bercakap kepada Berita Harian baru-baru ini, Encik Suhaimi berkata perancangan awal adalah kunci untuk menjayakan sesebuah projek, tidak kira dalam sektor awam atau dalam sektor privet.

Ini dicerminkan melalui Pusat Khidmat Awam yang disediakan di OTH.

Di sana, penduduk yang memerlukan khidmat atau bantuan dari beberapa agensi awam hanya perlu bertemu dengan satu pegawai sahaja.

Selanjutnya, pegawai yang telah menjalani latihan khas itu akan menghubungkan penduduk tersebut dengan khidmat dari agensi-agensi yang sesuai, ujar Encik Suhaimi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg