Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pagar tambang bebas tangan dicuba di 4 stesen MRT

Jun 22, 2018 | 7:15 PM
MENUJU SISTEM LEBIH INKLUSIF: Pengurus projek LTA, Cik Serena Ong, menunjukkan bagaimana pagar tambang bebas tangan dapat digunakan, yang membolehkan penumpang kurang upaya keluar masuk stesen MRT tanpa perlu menyentuh kad EZ-Link mereka.
MENUJU SISTEM LEBIH INKLUSIF: Pengurus projek LTA, Cik Serena Ong, menunjukkan bagaimana pagar tambang bebas tangan dapat digunakan, yang membolehkan penumpang kurang upaya keluar masuk stesen MRT tanpa perlu menyentuh kad EZ-Link mereka. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

PAGAR tambang bebas tangan baru yang membolehkan orang kurang upaya keluar dan masuk stesen MRT tanpa perlu menyentuh kad EZ-Link mereka kini sedang dicuba di empat stesen MRT - Bedok, Kembangan, Redhill dan Tiong Bahru.

Ini bermakna penumpang boleh membayar tambang mereka menggunakan alat yang dilengkapi dengan fungsi Bluetooth bersama aplikasi tertentu atau kad teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID).

Alat dan kad itu tidak perlu disentuh pada pembaca tambang dan boleh disimpan dalam beg atau poket pengguna.

Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, melancarkan pagar tambang baru itu di stesen MRT Redhill hari ini (22 Jun).

Sehingga November ini, 22 penumpang yang menggunakan kerusi roda dan 28 pegawai LTA akan menggunakan pagar tambang itu sebagai sebahagian perjalanan harian mereka.

Penumpang yang menggunakan kerusi roda itu dipilih LTA daripada pertubuhan seperti SG Enable dan badan kebajikan sukarela Persatuan Cacat Anggota (SPD).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg