Pakaian seragam baru untuk pegawai polis

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakaian seragam baru untuk pegawai polis

Apr 11, 2018 | 12:05 PM

Pakaian seragam baru untuk pegawai polis

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
BERWAJAH BARU: Pegawai polis di barisan depan akan mengenakan pakaian seragam baru (kanan) mulai minggu depan. Mereka kini memakai pakaian seragam seperti yang dilihat dalam gambar kiri.
BERWAJAH BARU: Pegawai polis di barisan depan akan mengenakan pakaian seragam baru (kanan) mulai minggu depan. Mereka kini memakai pakaian seragam seperti yang dilihat dalam gambar kiri. - Foto TIMOTHY DAVID

MULAI Isnin depan (16 April), semua pegawai polis barisan depan akan menggunakan seragam operasi baru yang lebih baik dan selesa.

Direka dengan kerjasama Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pejabat Ketua Pegawai Sains dan Teknologi (OCSTO), Kementerian Dalam Negeri (MHA), rekaan dan fabrik yang digunakan bagi seragam baru itu lebih ringan dan membolehkan peluh lebih cepat kering.

Seragam baru itu juga akan menampilkan perkataan "POLICE" yang disulam di atas teg nama pegawai.

Butang besi pada pakaian yang ada kini pula akan digantikan dengan butang plastik yang tersembunyi supaya ia lebih selesa dan mudah bagi pegawai memakai ves tubuh di atas seragam mereka, seperti ves tahan peluru dan ves operasi lain.

Fabrik seragam baru itu, yang diperbuat daripada 98 peratus poliester dan 2 peratus spandeks, juga lebih berkesan dari segi menyerap peluh dan lebih cepat kering.

SPF berkata uniform generasi baru yang diperkenalkan itu adalah sebahagian daripada program peningkatan keupayaan dan peralatannya.

"Perubahan pada seragam akan membolehkan pegawai kami beroperasi secara lebih berkesan dan selesa dalam keadaan cuaca setempat yang lembap," kata SPF.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg