Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakar gigi siap 'masuk' Parlimen...

Jan 31, 2021 | 5:30 AM
- Foto BM oleh DESMOND WEE
- Foto BM oleh DESMOND WEE -

SEBAGAI konsultan bersekutu dalam pasukan pembedahan pergigian di Hospital Khoo Teck Puat, Dr Shahira Abdullah (gambar atas), akan bertemu remaja dari pelbagai latar belakang yang datang ke klinik tersebut.

Mereka biasanya ke sana bagi mendapatkan rawatan pendakap gigi agar gigi mereka lebih teratur.

Menurut Dr Shahira, 33 tahun, tempoh rawatan yang agak lama memberikannya peluang menjalin hubungan rapat dengan belia yang datang untuk menjalani rawatan tersebut dan setiap sesi boleh dijadikan wadah berkongsi pengalaman, pandangan serta keluhan.

Selain berinteraksi dan menjalin hubungan dengan belia di tempat kerja, penglibatan Dr Shahira dalam Majlis Belia Kebangsaan (NYC) sejak 2019 turut membantu beliau mendalami minda golongan tersebut.

Isu golongan belia merupakan antara isu yang dekat di hatinya dan ingin beliau kemukakan sebagai seorang Anggota Parlimen Dilantik (NMP). Beliau merupakan antara dua NMP Melayu baru yang akan menampilkan diri apabila Parlimen bersidang esok.

Seorang lagi ialah Naib Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Abdul Samad Abdul Wahab, 48 tahun, yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Gas dan Kuasa (Upage) yang ingin mengemukakan isu pekerja.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg