Pakar gigi: Waspada beli pendakap gigi plastik dalam talian
Premium
Pakar gigi: Waspada beli pendakap gigi plastik dalam talian
Nov 22, 2017 | 5:30 AM

DIJUAL DALAM TALIAN: Alat bantuan meratakan gigi dijual dengan mudah di Internet dengan harga antara $7 dengan $50. - Foto TANGKAP LAYAR CAROUSELL -
JIKA anda merancang meratakan gigi yang bengkok dengan cara yang murah dengan membeli pendakap gigi plastik secara dalam talian, berwaspadalah kerana gigi anda boleh menjadi lebih buruk daripada bentuk asal.
Alat bantuan meratakan gigi seperti itu didapati dijual dengan mudahnya di Internet pada harga antara $7 dengan $50. Ini jauh berbeza daripada harga yang dikenakan oleh ortodontis (pakar membuat pendakap gigi) iaitu antara $3,000 dengan $10,000.

