SINGAPURA harus mengubah cara ia mengendali pesakit Covid-19 kerana peningkatan kes jangkitan secara mendadak baru-baru ini akan menggugat keupayaan sistem kesihatan setempat, kata beberapa pakar pada Khamis (16 April).
Kata Professor Madya Dr Hsu Liyang dari Sekolah Kesihatan Umum, Saw Swee Hock, Universiti Nasional Singapura (NUS), lebih ramai pekerja asing akan terus diuji positif dalam beberapa hari ini.
Ini kerana, terdapat mereka yang sudah dijangkiti virus itu sebelum dipindahkan ke tempat penginapan alternatif namun akan mula jatuh sakit nanti, kata beliau ketika diwawancara The Straits Times pada Khamis.
Beliau yang juga seorang pakar penyakit berjangkit dan ahli epidemiologi bertambah bahawa penularan Covid-18 di asrama "harus diperlambatkan dan jika tidak, kemungkinan besar keupayaan hospital setempat bakal digugat walau apa pun kami lakukan."


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg