Pakar kemuka saranan perbaiki sistem kuasa MRT

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakar kemuka saranan perbaiki sistem kuasa MRT

Apr 19, 2016 | 2:39 PM

Pakar kemuka saranan perbaiki sistem kuasa MRT

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Saranan panel pakar kuasa yang dibentuk untuk mengkaji semula sistem elektrik rangkaian MRT termasuk memeriksa aset lebih kerap, menggantikan komponen lebih kerap, dan menerima pakai teknologi pemantauan baru.
Saranan panel pakar kuasa yang dibentuk untuk mengkaji semula sistem elektrik rangkaian MRT termasuk memeriksa aset lebih kerap, menggantikan komponen lebih kerap, dan menerima pakai teknologi pemantauan baru. - THE STRAITS TIMES

SEBUAH panel pakar kuasa yang dibawa masuk untuk mengkaji semula sistem elektrik rangkaian MRT Singapura telah merumuskan penemuannya dengan menyerahkan senarai panjang saranan mereka.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata pada Selasa (19 April) panel telah membuat beberapa cadangan, termasuk memeriksa aset lebih kerap, menggantikan komponen lebih kerap, dan menerima pakai teknologi pemantauan baru.

Sebagai contoh, panel itu berkata sistem rel ketiga harus diperiksa setiap enam bulan sehingga ia digantikan.

Ia berkata komponen kritikal pada operasi perlu diganti dalam tempoh lima tahun apabila mencapai tempoh hayatnya.

Panel itu juga mencadangkan komponen tertentu, seperti suis dan peranti kuasa tersandung, digantikan dengan model yang lebih boleh dipercayai.

Ia mencadangkan latihan dijalankan "bagi membuktikan kecukupan operasi langkah-langkah respons dan pelan pemulihan sekiranya berulang insiden berkaitan kuasa yang berlaku sebelumnya" - khususnya kejadian 7 Julai 2015 yang melumpuhkan seluruh laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat.

Panel itu, yang terdiri daripada pakar antarabangsa, berkata bagi laluan MRT masa depan, langkah-langkah perlu disediakan "bagi memastikan spesifikasi dan kawalan mutu lebih ketat ke atas kontraktor dan pengeluar".

Ia menyebut tentang kabel Circle Line, yang rosak dalam tempoh beberapa bulan pertama operasi.

Panel itu juga mencadangkan teknologi baru, seperti sistem pengenalpastian kerosakan pintar (iFIS) untuk menentukan lokasi kerosakan dengan tepat.

LTA berkata beberapa langkah yang dicadangkan oleh panel itu sudah dilaksana, tetapi tidak berkata apakah ia akan melaksana yang lain.

Antara cadangan itu ialah iFIS, yang sedang dilaksana di Laluan Downtown, Laluan Thomson-East Coast dan laluan masa depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg