Pakar kongsi ilmu, peserta dapat periksa kesihatan percuma
Premium
Pakar kongsi ilmu, peserta dapat periksa kesihatan percuma
Oct 11, 2014 | 5:30 AM
PENCERAMAH PAKAR KESIHATAN DARIPADA HOSPITAL TAN TOCK SENG: (Dari kiri, atas) Konsultan Klinik Gigi, Dr Chung Tze Onn; Ahli Fisioterapi Kanan, Encik Ahmad Zaki Hairodin; (dari kiri, bawah) Konsultan Jabatan Ortopedik, Penolong Profesor Adjung Hitendra K. Doshi; dan Konsultan Jabatan Otorinolaringologi (Telinga, Hidung dan Tekak), Dr Ho Eu Chin; turut menjawab kemusykilan peserta dalam Seminar Kesihatan Berita Harian hari ini. - Foto-foto fail -
EMPAT pakar perubatan dalam bidang artritis sendi, gigi, pendengaran dan terapi sendi lutut diketengahkan dalam Seminar Kesihatan hari ini.
Berita Harian, dengan kerjasama Hospital Tan Tock Seng (TTSH), menganjurkan seminar 'Sihat Banyak Untungnya' dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang peri pentingnya kesihatan.

