Pakar: Majikan perlu hapus tanggapan WFH tidak produktif, pekerja pula perlu diberi sokongan
Premium
Pakar: Majikan perlu hapus tanggapan WFH tidak produktif, pekerja pula perlu diberi sokongan
Oct 25, 2020 | 5:30 AM
BEKERJA DI RUMAH SUDAH MENJADI PERKARA BIASA: Dengan norma baru, majikan dan pekerja perlu saling mempercayai. - Foto hiasan ISTOCKPHOTO -
DEMI mewujudkan persekitaran yang sihat bagi mereka yang bekerja dari rumah, majikan perlu proaktif dalam memastikan interaksi antara pekerja diteruskan dan semangat atau moral pekerja kekal tinggi.
Ini dapat dilakukan antaranya dengan memperkenalkan aktiviti selain rutin bekerja harian, contohnya aktiviti yang boleh dilakukan bersama rakan kerja lain secara fizikal atau di ruang maya atau memberikan motivasi menerusi kata-kata semangat, menurut beberapa pakar yang dihubungi Berita Minggu (BM).

