Pakar: Projek hartanah privet baru dijangka lebih murah, pemaju mungkin lewatkan pelancaran
Premium
Pakar: Projek hartanah privet baru dijangka lebih murah, pemaju mungkin lewatkan pelancaran
Aug 1, 2018 | 5:30 AM
HARGA JUALAN LEBIH RENDAH: Daintree Residence di Toh Tuck Road merupakan hartanah privet pertama dilancar menyusuli penguatkuasaan kadar Cukai Setem Tambahan Pembeli (ABSD). - Foto WANBAO -
PROJEK baru hartanah privet selepas Daintree Residence - yang pertama dilancarkan sejak langkah penyejukan pasaran dilaksanakan mulai 5 Julai - dijangka ditawarkan dengan harga lebih rendah ekoran jualan yang lebih perlahan, kata penganalisis.
Diskaun hingga 5 peratus daripada harga pelancaran dan insentif lain turut ditawarkan bagi menarik pembeli berikutan kadar Cukai Setem Tambahan Pembeli (ABSD) lebih tinggi dan had pinjaman yang lebih ketat.

