Pemerintah akan memperkenalkan Pakej Bantuan Perusahaan bernilai $1.3 bilion untuk menyokong firma, terutamanya yang sedang berusaha untuk menyusun semula syarikat mereka dan menjalani transformasi.
Berucap di Parlimen pada 16 Februari semasa membentangkan Belanjawan 2024, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata pakej itu bertujuan membantu perniagaan mengharungi kos yang semakin meningkat di tengah-tengah persekitaran operasi yang lebih mencabar.
Pakej tersebut merangkumi Rebat Cukai Pendapatan Korporat sebanyak 50 peratus yang dihadkan kepada $40,000 untuk syarikat, dengan faedah minimum $2,000 dalam pembayaran tunai untuk syarikat yang menggaji sekurang-kurangnya seorang pekerja tempatan pada 2023.
Pemerintah juga akan meningkatkan Skim Pembiayaan Perusahaan dan melanjutkan Kredit Perusahaan SkillsFuture hingga 30 Jun 2025.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg