Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakej kurangkan kos penghantaran bagi peniaga F&B

Apr 4, 2020 | 10:51 AM
KOS PENGHANTARAN LEBIH RENDAH: Pemerintah akan membiayai lima peratusan mata daripada komisyen yang perlu dibayar peniaga kepada wadah penghantaran seperti Deliveroo, foodpanda dan Grabfood.
KOS PENGHANTARAN LEBIH RENDAH: Pemerintah akan membiayai lima peratusan mata daripada komisyen yang perlu dibayar peniaga kepada wadah penghantaran seperti Deliveroo, foodpanda dan Grabfood. - - Foto fail

PEMERINTAH akan membantu mengurangkan kos bagi perniagaan makanan dan minuman (F&B) yang ingin menjual di wadah penghantaran Deliveroo, foodpanda dan Grabfood.

Ini sedang kedai F&B hanya akan dibuka bagi makanan dibawa pulang atau dihantar dari 7 April hingga 4 Mei, dan pelanggan tidak dibenarkan makan di sana, di bawah langkah jarak selamat dipertingkat untuk membendung Covid-19.

Enterprise Singapore (ESG) dalam satu kenyataan pada Sabtu (4 April) berkata Pakej Rangsangan Penghantaran Makanan itu akan membantu peniaga yang baru ingin menggunakan wadah tersebut, serta mereka yang sudah pun menggunakannya.

ESG akan membiayai lima peratusan mata daripada kos komisyen yang dikenakan wadah penghantaran. Contohnya, jika komisyennya adalah 25 peratus daripada jumlah tempahan, peniaga akan membayar 20 peratus.

Untuk layak bagi pakej itu, perniagaan F&B harus jual makanan yang disiapkan di kedai mereka.

Perniagaan yang sudah pun menggunakan wadah penghantaran itu tidak perlu membuat permohonan. Mereka yang belum berbuat demikian boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada Deliveroo, foodpanda dan Grabfood.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg