Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Palang Merah SG hulur bantuan $2.4j ke Ukraine, enam jirannya

Mar 10, 2022 | 8:08 PM
HULUR BANTUAN KEMANUSIAAN: Palang Merah Singapura akan menyumbang bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang terjejas di Ukraine menyusuli krisis kemanusiaan di negara itu.
HULUR BANTUAN KEMANUSIAAN: Palang Merah Singapura akan menyumbang bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang terjejas di Ukraine menyusuli krisis kemanusiaan di negara itu. - - Foto Palang Merah Singapura

PALANG Merah Singapura (SRC) akan menghantar bantuan bernilai $2.4 juta ke Ukraine dan enam negara jirannya, dalam tahap kedua bantuan untuk membantu lebih dua juta rakyat Ukraine yang terjejas akibat krisis pelarian ekoran perang di negara itu. Dana $2.4 juta itu akan diagihkan kepada masyarakat yang terjejas oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah; Persatuan Kebangsaan Palang Merah; dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) yang menerajui usaha bantuan itu, kata SRC dalam satu kenyataan pada Khamis (10Mac).

Sumbangan itu menyusuli tahap pertama bantuan SRC bernilai AS$100,000 ($135,000), yang tiba di Ukraine pada 4 Mac lalu. SRC juga menambah bahawa rayuan pengumpulan dana awamnya yang bermula pada 25 Februari lalu sejauh ini telah mengumpul hampir $3 juta.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg