SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Palang Merah SG ikrar $50 ribu

Palang Merah SG ikrar $50 ribu

Jan 20, 2022 | 5:30 AM

Palang Merah SG ikrar $50 ribu

Abu Bakar Mohd Nor
Abu Bakar Mohd Nor - WSH

PALANG Merah Singapura (SRC) telah mengikrarkan $50,000 bagi tindakan kecemasan Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah berkaitan letusan gunung berapi dan tsunami di Tonga.

Dalam satu kenyataan kelmarin, ia berkata bantuan itu akan disalurkan bagi membekalkan barangan bantuan seperti makanan, air dan tempat tinggal.

SRC juga akan melancarkan rayuan pengumpulan dana awam untuk membantu operasi bantuan dan pemulihan bencana, tambahnya.

Setiausaha Agung dan Ketua Eksekutif SRC, Encik Benjamin William, berkata setakat ini terdapat maklumat amat terhad mengenai situasi itu, dengan perhubungan di Tonga terganggu dan tiada tempoh masa diberikan untuk pemulihan.

"Malah, Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah mempunyai hubungan terhad dengan rakan sejawatan kami di Palang Merah Tonga dan oleh itu tidak dapat menentukan skala penuh bencana dan bentuk sokongan yang mereka perlukan selain keperluan asas," katanya, sambil menambah bahawa SRC bersedia menawarkan lebih banyak bantuan apabila ia menerima maklumat terkini mengenai situasi tersebut.

Penduduk Singapura yang mengalami kesukaran menghubungi anggota keluarga terdekat mereka yang mungkin terjejas, boleh menghantar e-mel kepada SRC untuk mendapatkan bantuan di rfl@redcross.sg

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg