PALANG Merah Singapura (SRC) akan menyumbang $50,000 sebagai bantuan awal kepada masyarakat Lebanon yang terjejas oleh tragedi letupan dahsyat di negara itu.

Dalam satu kenyataan semalam, SRC menyatakan sebagai respons kepada kemusnahan yang disebabkan letupan di ibu kota Beirut lewat Selasa lalu, pihaknya akan memberi sumbangan awal itu bagi usaha kecemasan dan bantuan perubatan yang dikendalikan Palang Merah Lebanon (LRC).

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti