Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pameran bagi fahami teknologi Negara Bijak

Mar 12, 2021 | 5:30 AM
KUNJUNGI PAMERAN: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat (kiri) mengunjungi pameran Smart Nation CityScape di Pusat URA semalam, ditemani Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak, Dr Vivian Balakrishnan, (kanan) dan Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Heng Chee How, (dua dari kanan). - Foto ZAOBAO
KUNJUNGI PAMERAN: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat (kiri) mengunjungi pameran Smart Nation CityScape di Pusat URA semalam, ditemani Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak, Dr Vivian Balakrishnan, (kanan) dan Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Heng Chee How, (dua dari kanan). - Foto ZAOBAO -

ORANG ramai kini dapat lebih memahami bagaimana teknologi dan inisiatif Negara Bijak saling berkait dengan kehidupan seharian mereka untuk memperbaiki cara mereka hidup, bekerja dan bermain di pameran tetap baru yang dinamakan Smart Nation CityScape.

Pameran percuma itu terletak di Galeri Bandar Singapura di Pusat URA.

Menerusi paparan dan stesen interaktif, pengunjung ke pameran itu berpeluang belajar tentang perjalanan transformasi digital Singapura, bagaimana inisiatif Negara Bijak menekankan warga pada terasnya, dan mengapa Singapura antara negara bijak yang paling dikagumi dunia.

Smart Nation CityScape terdiri daripada tujuh pameran utama termasuk pameran Memperkasa Masyarakat.

Pameran itu menunjukkan bagaimana Negara Bijak mengumpul dan menggunakan teknologi digital untuk memperbaiki kehidupan dan memperkasa warga untuk mencapai aspirasi mereka.

Ia juga menunjukkan bagaimana tekonologi dapat menyatukan masyarakat dan menggalak perniagaan untuk berinovasi dan berkembang.

Di pameran itu, pengunjung dapat meneroka bagaimana teknologi telah diterapkan ke dalam bandar dengan memegang tablet di atas model kawasan bandar Singapura untuk melihat huraian digital bijak menggunakan teknologi realiti terimbuh (AR).

Pameran Teknologi Dalam Jangkauan Anda pula menunjukkan bagaimana Singapura mengambil pendekatan yang berpusat kepada warga apabila membangunkan perkhidmatan pemerintah digital.

Di pameran Merangkul Transformasi, pengunjung dapat melihat bagaimana Singapura mengambil pendekatan proaktif dalam memacu perubahan dan transformasi digital.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg