SPH Logo mobile
Langgan|

Pameran karya seni banduan bermula hari ini

Pameran karya seni banduan bermula hari ini

Aug 31, 2019 | 2:30 PM

Pameran karya seni banduan bermula hari ini

dcb59873-c156-4ce6-8a94-fca57779ead1
-

SATU pameran seni dan puisi yang dihasilkan banduan bermula hari ini di Sekolah Seni Singapura.

Bernama Moving Forward Together, atau Maju Bersama, Pameran Seni dan Puisi Masyarakat Bendera Kuning itu akan berlangsung selama seminggu sehingga 8 September.

Pameran itu bertujuan menyediakan wadah bagi banduan untuk meluahkan emosi menerusi seni kontemporari. Elemen puisi diperkenalkan tahun ini, memperluas ruang kreatif bagi kumpulan ini.

Sejumlah 124 hasil kreatif banduan, yang sebahagiannya diiringi rakaman bacaan banduan dari Kompleks Penjara Changi, Hab Seni Tatapan dan Institusi A4 akan dipamerkan.

Pameran itu dianjurkan bersama oleh Projek Bendera Kuning, Stesen Sing Lit dan Muzium Seni Singapura.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg