Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pameran maya The Straits Times Scholars' Choice buka permohonan lebih 50 biasiswa

Jul 20, 2020 | 3:53 PM
TINJAU LAMAN BIASISWA: Butiran mengenai lebih 50 biasiswa daripada pertubuhan bukan calang-calang disenaraikan di laman The Straits Times Scholars' Choice 2020. - Foto FAIL
TINJAU LAMAN BIASISWA: Butiran mengenai lebih 50 biasiswa daripada pertubuhan bukan calang-calang disenaraikan di laman The Straits Times Scholars' Choice 2020. - Foto FAIL -

LEBIH 50 biasiswa daripada pertubuhan bukan calang-calang di Singapura ditawarkan dalam pameran dalam talian buat pemohon biasiswa, The Straits Times Scholars' Choice 2020.

Pameran ini menggantikan pameran yang biasa diadakan, Scholarships and Top Universities Fair.

Menurut satu kenyataan Singapore Press Holdings (SPH), laman Scholars' Choice 2020 (www.scholarschoice.com.sg) dilancarkan Sabtu lalu dengan tampungan lengkap butiran mengenai biasiswa yang ditawarkan daripada pertubuhan bukan calang-calang.

Pertubuhan ini termasuk Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Kementerian Pertahanan (Mindef), Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Pasukan Polis Singapura (SPF).

Anda boleh menonton siri video bekas pemegang biasiswa dan wakil lembaga biasiswa sebagai satu cetusan inspirasi. Sebarang pertanyaan dan keprihatinan juga boleh disampaikan menerusi fungsi pesanan langsung dalam laman ini.

Tiada bayaran dikenakan. Pendaftaran juga tidak diperlukan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg