Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pameran muzium negara perluas naratif Perang Dunia Kedua

Jan 26, 2022 | 5:30 AM
0f250a8e-480c-41f8-8c65-d9a522a60b18
-

BUAT julung-julung kalinya lebih 200 artifak barang peribadi mangsa pembunuhan besar-besaran Sook Ching akan dipamerkan dalam pameran baru Muzium Negara Singapura (NMS) yang menyentuh tentang sejarah Perang Dunia Kedua di sini.

Pameran bertajuk Dislocations: Memory and Meaning of the Fall of Singapore, 1942 turut mengetengahkan paparan sejarah perang daripada sudut-sudut berlainan seperti gambar anggota masyarakat tempatan yang terlibat dalam pelbagai usaha sebelum dan semasa peperangan, seperti mereka yang dikerah dalam usaha pertahanan dan penjagaan perubatan.

Bahan-bahan demikian antara lain, menurut NMS, bertujuan mendalami sejarah perang yang melangkaui naratif biasanya, merujuk dari sudut memori oleh pelbagai pihak terhadap kejadian itu, selain daripada individu yang mengalaminya secara langsung.

Sempena ulang tahun ke-80 Singapura jatuh di tangan Jepun pada 8 Februari 1942, Dislocations adalah pameran pertama yang menyelidik kesan memori peperangan terhadap generasi Singapura pascaperang.

Berlangsung dari 29 Januari hingga 29 Mei 2022, pameran itu meneroka kisah-kisah semasa tempoh sebelum perang - termasuk evakuasi warga Britain dari Singapura dan penduduk tempatan membuat penyediaan bagi perang - semasa peperangan, waktu Singapura menyerah dan tempoh sesudahnya.

Ia dipaparkan menerusi tujuh zon pameran yang menyediakan pertunjukkan artifak, video serta kemudahan imersif.

Antara lain, orang ramai boleh memanfaatkan kemudahan realiti terimbuh (AR) bagi melihat beberapa artifak tertentu, melibatkan diri dalam permainan video, menyelidik sejarah menerusi kemudahan interaktif serta diajak mencatatkan memori bagi memperingati sejarah perang pada 2042. - Foto NMS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg