Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pameran pengantin terbesar di Singapore Expo hujung minggu ini

Jan 14, 2023 | 5:30 AM
PAMERAN TERBESAR PENGANTIN: Pameran di Singapore Expo akan sediakan keperluan lengkap perkahwinan di bawah satu bumbung. - Foto MEGAXPRESS INTERNATIONAL
PAMERAN TERBESAR PENGANTIN: Pameran di Singapore Expo akan sediakan keperluan lengkap perkahwinan di bawah satu bumbung. - Foto MEGAXPRESS INTERNATIONAL -

SATU-SATUNYA pameran pengantin yang terbesar, menempatkan keluasan sehingga 5,000 meter persegi dengan lebih 200 gerai dianjurkan sepanjang hujung minggu ini.

Anjuran MegaXpress International di Singapore Expo Dewan 6A ini menyediakan keperluan lengkap perkahwinan di bawah satu bumbung seperti andaman, hiasan, katering, khidmat deejay, fotografi, videografi, gubahan, kek, berkat, kad undangan, pakej bulan madu, percutian dan lain-lain untuk bakal mempelai.

Jurucakap MegaXpress berkata banyak syarikat menawarkan promosi hebat permulaan tahun bagi perkhidmatan berkaitan perkahwinan dan produk gaya hidup seperti aksesori, kosmetik, produk kecantikan, hiasan rumah, khidmat kewangan serta ejen hartanah.

Selain menyediakan juadah masakan dan kuih-muih untuk pengunjung, ekspo kali ini juga menyediakan fesyen, aksesori dan kraftangan dari Indonesia.

Beberapa artis dan selebriti dari seberang juga akan bersama pengunjung seperti Rozita Che Wan; Zain Saidin; Datuk Khadijah Ibrahim, Datin Rebecca Nur Al-Islam; Mark Adam; Azza Elite dan ramai lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg