Permainan di kawasan terbuka yang mengasyikkan, seni bina dan pameran yang menarik lagi unik serta pelbagai program lain merupakan sebahagian daripada kegiatan serta tempat-tempat yang boleh orang ramai kunjungi dalam acara Singapore Archifest 2023.

Sejajar dengan ulang tahunnya yang ke-60, Institut Arkitek Singapura (SIA) mempersembahkan edisi terkini acara denga tema, Interim: Acts of Adaptation (Sementara: Langkah Penyesuaian).