Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pancing di Merlion Park: PUB tidak ambil tindakan lanjut

Sep 9, 2018 | 6:03 PM
Dua remaja dirakam memancing di Merlion Park telah diberi nasihatoleh sekolah mereka, kata PUB.
Dua remaja dirakam memancing di Merlion Park telah diberi nasihatoleh sekolah mereka, kata PUB. - Foto: FACEBOOK / SBS - SURE BOH SINGAPORE

Agensi air kebangsaan PUB tidak akan ambil tindakan lanjut terhadap dua remaja yang dirakam memancing secara haram di Merlion Park.

Dalam pos Facebook pada Ahad (9 Sept), ia menyatakan remaja itu telah diberi nasihat oleh sekolah mereka, dan merakamkan terima kasih kepada semua yang telah melahirkan keprihatinan tentang kejadian itu.

PUB itu juga mengingatkan masyarakat tentang pentingnya memamcing secara bertanggungjawab, sambil menambah bahawa air di sekitar Merlion Park adalah sebahagian daripada Kolam Air Marina yang berfungsi sebagai sumber air.

Ia juga menyatakan bahawa memancing di kolam air hanya dibenarkan di kawasan yang ditetapkan. Ini dipilih berdasarkan pelbagai keadaan termasuk keselamatan awam dan penandaan zon bagi kegiatan air yang berlainan.

Satu lagi faktor dalam pemilihan kawasan tersebut ialah sama ada ia mempunyai jarak yang baik daripada laluan pejalan kaki dan Rangkaian Penyambung Taman, demi keselamatan pejalan kaki.

PUB menekankan bahawa pada masa lalu, beberapa insiden berlaku disebabkan ekoran perbuatan memancing yang tidak bertanggungjawab dan memancing di kawasan yang tidak ditetapkan. Satu kes berlaku pada Mei 2017, apabila budak perempuan 10 tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas mata kailnya tersangkut di pipinya di Bishan-Ang Mo Kio Park.

PUB menyatakan: "Sedang PUB terus menyemak lebih banyak ruang untuk kegiatan memancing dengan berunding dengan kumpulan aktiviti air yang lain, kami ingin merayu orang ramai supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan supaya semua orang dapat menikmati kolam air dan perairan kami dengan selamat."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg