Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Panda Jia Jia tunjuk ciri keibuan, mahir jaga anak

Aug 20, 2021 | 5:30 AM
LEMBUT TERHADAP ANAK: Jia Jia mengangkat anaknya dengan lembut dan menjaga anaknya, melenyapkan kekhuatiran penjaga beruang panda River Safari haiwan itu akan mengabaikan anaknya. - Foto WILDLIFE RESERVES SINGAPORE
LEMBUT TERHADAP ANAK: Jia Jia mengangkat anaknya dengan lembut dan menjaga anaknya, melenyapkan kekhuatiran penjaga beruang panda River Safari haiwan itu akan mengabaikan anaknya. - Foto WILDLIFE RESERVES SINGAPORE -

JIA JIA, beruang panda gergasi di River Safari yang melahirkan anak pertamanya minggu lalu, sekarang lebih tenang selepas berehat dan berada dalam keadaan lebih baik.

Dalam satu kenyataannya semalam, Wildlife Reserves Singapore, yang mengendalikan River Safari, berkata Jia Jia telah menunjukkan ciri-ciri keibuan dan kian mahir menjaga anaknya.

Mengimbas semula pengalamannya menyaksikan Jia Jia melahirkan anaknya, penjaga beruang panda utama di River Safari, Cik Trisha Tay, berkata beliau berasa gembira tetapi pada mula-mulanya prihatin Jia Jia tidak akan menjaga anaknya itu.

"Kami bimbang ia boleh bersikap agresif atau mengabaikan anaknya.

"Namun, kami melihat Jia Jia mengangkat anaknya dengan begitu lembut dan berasa lega melihatnya menjaga anaknya," kata beliau.

Jia Jia, 12 tahun, melahirkan anaknya itu pada 15 Ogos. Ia anak beruang panda pertama yang dilahirkan di Singapura.

Beruang panda itu dan pasangannya Kai Kai, 13 tahun, tiba di Singapura dari China pada September 2012 atas pinjaman 10 tahun dari China.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg