Topic followed successfully
Go to BHkuPandang serius pendapat belia: NMP Shahira
Pandang serius pendapat belia: NMP Shahira
Pandang serius pendapat belia: NMP Shahira
ANGGOTA Parlimen Dilantik (NMP) Dr Shahira Abdullah dalam ucapan sulungnya semalam menggesa pemerintah supaya memandang serius pendapat belia.
Beliau mengusulkan agar tenaga belia Melayu turut dimanfaatkan, dengan mengasah bakat kepimpinan dan menggalakkan mereka menabur bakti sebagai relawan masyarakat.
Dalam ucapannya, Dr Shahira berkata belia prihatin tentang pelbagai isu daripada sokongan untuk golongan memerlukan, isu iklim dan sekitaran hingga isu kesihatan mental.
"Belia ingin bersuara dan menyumbang. Seringkali apa yang menjadi keprihatinan mereka diutarakan di media sosial.
"... Ramai yang ingin melihat pemerintah mengambil kira pandangan mereka, mendengar mereka dan menunjukkan bagaimana penyertaan mereka telah membentuk dasar masa depan," kata Dr Shahira.
Mengenai belia Melayu, Dr Shahira pula menarik perhatian tentang bilangan tinggi belia dalam masyarakat Melayu.
Individu berusia 15 hingga 34 tahun membentuk 32 peratus dalam masyarakat Melayu/Islam, berbanding 26 peratus di peringkat nasional.
"Kita perlu memanfaatkan bilangan tinggi belia Melayu. Saya percaya Belanjawan boleh memanfaatkan ini dengan menyediakan lebih wadah untuk membangun potensi kepimpinan mereka dan bagi mereka untuk menjadi sukarelawan dalam masyarakat," kata Dr Shahira, yang pernah bergiat dalam Kelab Mendaki.

