Topik diikuti
Pergi ke BHkuPandangan asatizah mengenai poligami
Premium
Pandangan asatizah mengenai poligami
Pandangan asatizah mengenai poligami
(Gambar kiri) USTAZ PASUNI MAULAN: Menurutnya, perkahwinan itu indah tetapi masalah kerap timbul apabila pasangan mahu bercerai lebih-lebih lagi yang berkahwin isteri kedua atau ketiga di luar negara. (Gambar kanan) USTAZ ZALI SAINI: Menyatakan bahawa apa yang sering beliau dapati ialah suami yang adil biasanya baik. Tapi suami yang baik belum tentu boleh berlaku adil. - Foto-foto fail -
Apr 16, 2017 | 5:30 AM
POLIGAMI - bernikah lebih daripada seorang isteri - dibenarkan dalam Islam yang merupakan agama fitrah tetapi ia tidak terbuka seluas-luasnya kepada golongan suami melainkan jika mereka dapat berlaku adil dan mampu menanggung isteri-isteri mereka zahir dan batin.
Mereka yang berpoligami mesti sanggup berdepan dengan banyaknya cabaran apabila rumah tangga kedua, ketiga atau keempat dilambung ombak dan sesetengahnya berakhir menyembah bumi.
