Pandemik buka ruang bagi masyarakat 'kemas kini sofwe': Lawrence

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pandemik buka ruang bagi masyarakat 'kemas kini sofwe': Lawrence

Jan 26, 2021 | 5:30 AM

Pandemik buka ruang bagi masyarakat 'kemas kini sofwe': Lawrence

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Menteri Pendidikan dan Menteri Kedua Kewangan, Encik Lawrence Wong (gambar atas).
Menteri Pendidikan dan Menteri Kedua Kewangan, Encik Lawrence Wong (gambar atas). -

KRISIS pandemik Covid-19 boleh dilihat sebagai satu peluang untuk membuat "pengemaskinian sofwe" atau permulaan semula bagi masyarakat menyusuli kerosakan dan gangguan yang dicetuskan virus itu.

Demikian kata Menteri Pendidikan dan Menteri Kedua Kewangan, Encik Lawrence Wong, dalam ucapannya sebelum satu sesi dialog di Persidangan Perspektif Singapura 2021 anjuran Institut Pengajian Dasar (IPS) semalam.

Beliau mengetengahkan tiga perkara yang boleh "disetkan semula" - kompak sosial, dorongan bagi sebuah Singapura yang lebih hijau, dan perpaduan sosial. Encik Wong berkata terdapat keperluan bagi gabungan pasaran terbuka dan campur tangan pemerintah yang berkesan untuk menyediakan situasi yang memberikan peluang adil dan saksama untuk semua berjaya dan membantu rakyat bangkit daripada cabaran.

Namun, pandemik ini telah meningkatkan keperluan lebih besar bagi pemerintah untuk menyediakan sokongan, terutamanya bagi segmen masyarakat lebih memerlukan yang lebih terjejas dengan impak Covid-19.

Beliau menambah bahawa bidang kemampanan juga boleh menjadi satu sumber kelebihan daya saing baru untuk Singapura sebagai sebuah hab perdagangan dan perkhidmatan karbon di Asia dan sebagai pusat utama bagi pembiayaan hijau di rantau dan sejagat.

Laporan lanjut

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg