Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pandu sendiri pesawat bawa ibu bapa sebagai penumpang

Jun 14, 2023 | 5:00 AM
KEBANGGAAN IBU DAN AYAH: Encik Muhammad Redzuan (depan, lima dari kiri) bersama ayahnya, Encik Rashid Sulaiman (depan, lima dari kanan) dan ibunya Cik Rajiah Md Shah (depan, empat dari kanan) berserta kakitangan penerbangan A380 yang bergambar bersama di Lapangan Terbang Changi sebelum berlepas ke Dubai.
KEBANGGAAN IBU DAN AYAH: Encik Muhammad Redzuan (depan, lima dari kiri) bersama ayahnya, Encik Rashid Sulaiman (depan, lima dari kanan) dan ibunya Cik Rajiah Md Shah (depan, empat dari kanan) berserta kakitangan penerbangan A380 yang bergambar bersama di Lapangan Terbang Changi sebelum berlepas ke Dubai. - Foto ihsan MUHAMMAD REDZUAN RASHID

Apabila kededua ibu bapanya berhasrat mengunjungi bandar Dubai kerana rindu untuk menemui tiga cucu mereka, Encik Muhammad Redzuan Rashid membuat aturan khas bagi membolehkan ibu bapanya menaiki penerbangan A380 yang dikemudikan oleh beliau sendiri.

Untuk menggembirakan kededua orang tuanya itu, beliau yang bertugas sebagai juruterbang penerbangan terbesar di dunia, Emirates Airlines, yang membawa lebih 600 penumpang lain, sempat ke tempat duduk ibu bapanya untuk menjenguk dan menyapa mereka.

“Reaksi mereka tidak dapat saya bayangkan. Daripada raut wajah mereka yang tidak dapat disembunyikan lagi, jelas kelihatan kegembiraan yang teramat bercampur rasa bangga melihat anaknya itu.

“Malah beberapa penumpang yang duduk berdekatan mereka bertanyakan mereka sama ada juruterbang penerbangan itu adalah anak mereka.

“Ibu dan bapa saya hanya mengangguk-angguk membuat para penumpang lain turut berasa bangga. Mereka berdua berasa seperti VIP dalam penerbangan itu,” ceritanya tentang penerbangan dari Singapura ke Dubai pada Oktober lalu.

Encik Muhammad Redzuan turut membuat pengumuman dalam penerbangan tersebut dan yakin ibu bapanya mengenali suara anaknya.

“Kehadiran mereka berdua dalam penerbangan itu mendorong saya untuk menjalankan tugas sebaik mungkin. Semasa penerbangan itu mahu mendarat, saya benar-benar pastikan ia dapat mendarat dengan baik tanpa sebarang kegenjotan.

“Malah semua kakitangan dan rakan juruterbang saya setuju untuk bergambar beramai-ramai bersama ibu bapa saya di Lapangan Terbang Changi sebelum kami berlepas ke Dubai.

“Bagi saya, dan pastinya buat kededua ibu bapa saya, penerbangan itu adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila,” ujarnya sambil tersenyum. – ROSEBI MOHD SAH

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg