Persiapan menjelang Raya sebaik-baiknya dimulakan seawal mungkin, tetapi beberapa perkara boleh dilakukan pada saat akhir untuk menaikkan seri rumah.
Mengongsi panduan mengemas rumah menjelang Hari Raya, pempengaruh hiasan dalaman, Encik Ahmad Mubarak Mohd Nasir, yang lebih dikenali sebagai Bob Mubarak, berkata rumah harus siap dikemas selewat-lewatnya dua hari sebelum Syawal.
“Saya dibesarkan oleh ibu yang hanya akan menggantung langsir dan membentangkan permaidani dua hari sebelum Hari Raya dan inilah amalan yang saya teruskan hingga hari ini. Saya sukakan bau permaidani baru dan kecantikan rumah yang dipasang langsir baru.
“Selain itu, dua hari sebelum Raya adalah masanya saya memasukkan kuih dalam balang dan menyusun bunga baru untuk menaikkan seri rumah,” kata Encik Ahmad Mubarak, 44 tahun, yang biasa mengemas rumah orang tuanya.
Berikut beberapa panduan mempersiapkan rumah menjelang Hari Raya yang beliau kongsikan.
“Ibu saya dahulu akan menyediakan semua rempah seminggu sebelum Raya dan bekukannya. Kemudian, dua hari sebelum Raya, beliau hanya tambah air, perasa dan daging. Saya rasa ia satu idea yang sangat baik untuk diikuti supaya kita tidak perlu risaukan bau, keadaan berminyak dan percikan daripada tumis-menumis,” kata Encik Ahmad Mubarak yang bertugas sebagai pengurus pembangunan perniagaan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg