Topik diikuti
Pergi ke BHkuPanduan lawat orang tua lepas sekatan
Doktor relawan M3 hasilkan video bagi masyarakat berwaspada apabila sekatan Covid-19 dilonggar
BERWASPADA: Dr Zuraimi Mohamed Dahlan antara yang tampil dalam video panduan ziarah orang tua. Antara nasihat yang diberi ialah patuh syarat yang ditetapkan, jaga jarak selamat dan elak bersalaman. - Foto MASAGOS ZULKIFLI MASAGOS MOHAMAD/FACEBOOK -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
May 29, 2020 | 5:30 AM
SEKUMPULAN doktor relawan M Kuasa Tiga (M3) telah menghasilkan sebuah video bagi memberi panduan kepada masyarakat dalam mengambil langkah berjaga-jaga apabila menziarahi ahli keluarga lanjut usia selepas sekatan Covid-19 dilonggarkan mulai Selasa ini.
Tempoh pemutus litar jangkitan Covid-19 koronavirus itu di sini berakhir secara rasmi Isnin ini, dengan ekonomi dibuka semula secara bertahap dan beberapa sekatan dilonggarkan mulai 2 Jun.
