Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Panduan pilih kontraktor

Jun 2, 2023 | 5:30 AM
PANTAU RAPI: Antara lain pemilik rumah dinasihatkan sentiasa memantau renovasi.
PANTAU RAPI: Antara lain pemilik rumah dinasihatkan sentiasa memantau renovasi. - Foto ST

MASALAH antara pihak kontraktor dengan pemilik rumah mungkin timbul akibat beberapa sebab.

Berikut beberapa panduan yang boleh dipertimbangkan di sebalik pemilihan kontraktor yang sesuai. Panduan dipetik daripada satu terbitan Persatuan Pengguna Singapura (Case), berjudul The Consumer.

1. Pilih kontraktor yang betul:

Dapatkan nasihat daripada pertubuhan seperti CaseTrust (www.casetrust.org.sg) yang memberikan skim pengiktirafan bagi memastikan piawai yang tinggi kepada anggota kontraktor yang diiktiraf mereka.

2. Tandatangan perjanjian:

Sentiasa pastikan anda tandatangan perjanjian dengan kontraktor renovasi anda dan pastikan anda baca terma dan syarat serta fahami akan hak serta obligasi anda dalam kontrak tersebut.

3. Baca kontrak renovasi:

Kontrak tersebut patut menyenaraikan terma antara pemilik rumah dengan kontraktor. Bagi sesetengah kerja, anda mungkin perlukan kelulusan atau permit daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) atau Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA).

4. Pantau renovasi:

Semasa renovasi, anda masih perlu memantau dengan teliti kerja yang dilakukan selain menyampaikan sebarang kebimbangan kepada kontraktor secepat mungkin.

5. Tukar kontraktor:

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kontraktor itu dan ingin dapatkan pihak ketiga untuk ambil alih kerja, anda perlu beritahu kontraktor yang sedang lakukan kerja tersebut dan capai persetujuan tentang pemberhentian kerja dan bayaran.

6. Berkomunikasi dengan kontraktor atau pihak bertanggungjawab:

Baca kontrak dengan teliti untuk tentukan jika kontraktor telah melanggar kontrak tersebut. Bagi jimatkan masa dan kos, sampaikan rasa tidak puas hati anda kepada kontraktor atau pihak bertanggungjawab, untuk beri peluang kepada pihak terlibat peluang perbaiki kekurangan dan capat persetujuan.

6. Buat aduan kepada Persatuan Pengguna Singapura (Case)

Anda mungkin ingin pertimbangkan langkah mengadu kepada Case sekiranya perkara tersebut merupakan pertikaian antara pengguna dengan perniagaan. Case boleh berhubung dengan kontraktor bagi pihak anda atau menghasilkan draf surat kepada kontraktor tentang keprihatinan anda itu.

7. Mediasi di Case atau satu lembaga tengah:

Case sediakan skim mediasi yang dimampui bagi manfaat pengguna. Sekiranya mediasi itu berhasil, satu perjanjian huraian boleh dicapai dan ditandatangani kededua pihak. Sekiranya pihak kontraktor melanggar terma perjanjian, anda mempunyai sebab untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg