Panel 17 anggota dilantik tinjau pelaksanaan pendidikan wajib bagi kanak-kanak berkeperluan khas
Premium
Panel 17 anggota dilantik tinjau pelaksanaan pendidikan wajib bagi kanak-kanak berkeperluan khas
Dec 14, 2016 | 5:30 AM
DR JANIL PUTHUCHEARY: Mengatakan bahawa kerja panel bukan mudah kerana anggota panel perlu melihat butiran lebih terperinci dalam melaksanakan pendidikan wajib agar ia dapat menghargai keprihatinan dan kesukaran pengendalian selain memikirkan huraian terbaik bagi kanak-kanak berkenaan. - Foto fail THE STRAITS TIMES -
PANEL penasihat yang terdiri daripada 17 anggota dan diketuai Dr Janil Puthucheary, Menteri Negara bagi Pendidikan, telah dilantik bagi meninjau pelaksanaan pendidikan wajib untuk kanak-kanak berkeperluan khas tahap sederhana hingga serius.
Menteri Pendidikan (Sekolah) Ng Chee Meng mengumumkan bulan lalu bahawa bermula 2019, kumpulan kanak-kanak ini perlu menghadiri sekolah yang dibiayai awam seperti kanak-kanak lain di Singapura kecuali mereka memohon agar dikecualikan.

