Topik diikuti
Pergi ke BHkuPanel beri cadangan kepada pemerintah mengenai alat mobiliti peribadi
Panel beri cadangan kepada pemerintah mengenai alat mobiliti peribadi
Panel beri cadangan kepada pemerintah mengenai alat mobiliti peribadi
ANGGOTA Panel Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP) telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pemerintah mengenai alat mobiliti peribadi (PMD).
Demikian menurut Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dalam satu pos di Facebooknya hari ini (Jumaat, 24 Ogos).
Sebanyak enam cadangan telah dikemukakan.
Antara cadangan yang diketengahkan termasuk mengurangkan had kelajuan di laluan pejalan kaki dari 15 kilometer sejam kepada 10 kilometer sejam agar pengguna PMD mempunyai lebih banyak masa reaksi yang membolehkan pencegahan kemalangan.
Pengurangan had kelajuan juga boleh mengurangkan keterukan kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.
Selain itu, AMAP mencadangkan agar penggunaan topi keledar diwajibkan bagi pengguna PMD yang berada di jalan raya di samping mewajibkan amalan "berhenti dan melihat kenderaan yang mendatang" di lintasan jalan.
AMAP juga mencadangkan untuk memperkenalkan kriteria kelajuan maksimum 10 kilometer sejam bagi kerusi roda bermotor dan e-skuter untuk melindungi penggunanya yang mempunyai cabaran mobiliti yang tulen.
Di samping itu, terdapat cadangan untuk menjadikan cara sedia ada untuk mendapatkan pampasan lebih mudah diakses mangsa kemalangan PMD.
Usaha mengukuhkan lagi pendidikan bagi kededua pejalan kaki dan pengguna PMD juga akan dilakukan.
Menurut Dr Faishal, cadangan-cadangan ini telah dikemukakan kepada pemerintah setelah perundingan awam yang luas termasuk menerima maklum balas daripada lebih 6,000 orang, perbincangan berkumpulan dengan kira-kira 100 peserta dan pelbagai pendekatan industri.
