Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Panel bincang pendirian S’pura, gariskan sentimen masyarakat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panel bincang pendirian S’pura, gariskan sentimen masyarakat

Jan 01, 2024 | 05:30 AM



Sekitar 100 orang, termasuk karyawan dan pelajar pengajian tinggi, telah menyertai perbincangan panel mengenai konflik Israel-Palestin.anjuran Berita Harian dan unit maklum balas pemerintah, Reach, yang diadakan pada 29 November.


Sesi dalam bahasa Inggeris itu membincangkan pendirian dan respons Singapura terhadap krisis kemanusiaan yang berlaku di Jaluran Gaza, selain menjelaskan sentimen dan keprihatinan masyarakat Islam dan bukan Islam di sini.

Diadakan di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) di Paya Lebar, panel itu dianggotai Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; peguam dan relawan Roses of Peace, Encik Ahmad Firdaus Daud; serta Pengerusi Pusat Pemahaman Antara Agama (Cifu), Encik Francois Bretault.

Moderator perbincangan tersebut ialah Editor Berita, Berita Harian, Encik Nazri Hadi Saparin.


Semasa merumuskan perbincangan sekitar satu setengah jam itu, Dr Mohamad Maliki berkata pemerintah memahami sentimen masyarakat Islam di Singapura mengenai konflik Israel-Palestin dan akan terus membantu mangsa di Gaza.

Mengulas kepentingan perbincangan seperti itu, beliau berkata sesi yang menyatukan warga berbilang agama dan dari pelbagai lapisan masyarakat untuk membincangkan konflik Israel-Palestin dan krisis yang sedang berlaku di Jaluran Gaza adalah sesuatu yang amat dialu-alu.

“Ia menunjukkan bahawa kita mengambil berat mengenai apa yang berlaku di dunia dan ingin melakukan lebih banyak lagi.

“Kami memahami perasaan ini, dan kami memberi ruang kepada orang ramai meluahkan perasaan, dan kami juga akur bahawa ini adalah satu sentimen yang masih dirasai oleh masyarakat.”

Dalam pada itu, Encik Bretault turut menekankan peri penting menganjur perbincangan seperti itu bagi memberi rakyat Singapura satu wadah dan ruang selamat untuk berkongsi pandangan mereka.

“Idea perbincangan antara agama adalah untuk mewujudkan ikatan kuat dalam kalangan orang berbeza. Jadi, lebih banyak kali kita bertemu, lebih banyak kali kita berbincang, lebih banyak kali kita mempunyai pertukaran peribadi, lebih baik,” ujarnya.

Encik Bretault berkata sebagai seorang bukan Islam beliau terharu dijemput ke perbincangan itu dan berasa Singapura bertuah mempunyai masyarakat majmuk yang hidup harmoni.

“Kita tidak boleh mengambil mudah keharmonian itu. Masih ada kerja yang perlu dilakukan tetapi perbincangan seperti ini membantu mempromosikan kehidupan lebih baik antara satu sama lain,” ujarnya.

Sementara itu, Encik Ahmad Firdaus berkata rasa simpati terhadap rakyat Gaza juga wujud dalam kalangan masyarakat bukan Islam di Singapura kerana krisis itu bukanlah isu agama tetapi isu kemanusiaan.

Beliau berkata walaupun rakyat Singapura kecewa mengenai situasi di Palestin, mereka mengawal perasaan mereka.

“Ini bukan kerana takut tetapi kerana kita memberi kepentingan kepada keamanan, adab dan perpaduan sosial, dan kita menghormati adanya proses diplomatik dan peraturan antarabangsa,” ujar Encik Ahmad Firdaus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >