Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Panel saran langkah kukuhkan dasar dan protokol strok haba SAF

Jun 20, 2018 | 1:26 PM
CADANG PENINGKATAN: Panglima Pasukan Pertahanan Melvyn Ong mendedahkan bahawa satu semakan luar berhubung kematian seorang NSF 19 tahun menyarankan peningkatan dalam dua bidang tumpuan utama iaitu pencegahan dan respons terhadap strok haba.
CADANG PENINGKATAN: Panglima Pasukan Pertahanan Melvyn Ong mendedahkan bahawa satu semakan luar berhubung kematian seorang NSF 19 tahun menyarankan peningkatan dalam dua bidang tumpuan utama iaitu pencegahan dan respons terhadap strok haba. - Foto Kelvin Chng

SEBUAH panel semakan luar bagi pengurusan strok haba telah dibentuk Mei lalu bagi menyemak dasar dan langkah Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Ini menyusuli kematian seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) akibat mengalami strok haba baru-baru ini.

Panel lima anggota itu diketuai konsultan kanan dalam jabatan perubatan kecemasan di Hospital Besar Singapura (SGH), Profesor Madya Mark Leong Kwok Fai.

Pada 30 April tahun ini, Koperal Kelas Pertama (CFC) Dave Lee Han Xuan, 19 tahun, meninggal dunia di hospital selepas beliau mengalami strok haba semasa latihan.

Beliau menunjukkan tanda-tanda strok haba setelah selesai melakukan perbarisan pantas sepanjang 8 kilometer di Kem Bedok.

Mengongsi lanjut dalam satu wawancara semalam sempena Hari SAF, Panglima Pasukan Pertahanan Melvyn Ong berkata panel itu telah mengunjungi Kem Bedok bagi menyemak protokol yang ada semasa kejadian itu berlaku dan akan mengongsi dapatan mereka dalam beberapa bulan mendatang.

Panel itu juga telah menyarankan peningkatan dalam dua bidang tumpuan utama iaitu pencegahan dan respons terhadap strok haba, demi mengukuhkan lagi dasar dan protokol strok haba, kata beliau.

Tambahnya, panel itu juga telah memberi maklum balas bahawa dasar dan langkah bagi pengurusan strok haba dalam SAF kini adalah baik dan sejajar dengan amalan industri dan juga tentera asing.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg