Panelis ceramah belia kongsi detik sukar dan kegagalan dalam kehidupan
Premium
Panelis ceramah belia kongsi detik sukar dan kegagalan dalam kehidupan
AP GRC Jurong dedah pengalaman mengalami keguguran semasa berkempen dalam Pilihan Raya Umum 2015
Forum Belia MuslimmyfPesta Belia MesraMajlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan MelayumesraPersatuan RakyatPA
Oct 25, 2018 | 5:30 AM
ANGGOTA Parlimen (AP) GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, mengimbas antara pengalaman paling sukar dalam kehidupannya apabila beliau mengalami keguguran semasa berkempen sebagai calon kali pertama dalam Pilihan Raya Umum 2015.
"Saya terjejas dari segi fizikal dan emosi. Saya memberitahu suami, saya patah hati dan saya tidak tahu apakah saya boleh bangun esok pagi untuk senyum dan bersalaman dengan orang ramai dan terus berkempen.

