Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua staf Angkatan Laut Indonesia lawat S'pura

Feb 21, 2023 | 9:02 PM
BERJABAT TANGAN: Ketua Staf Angkatan Laut Indonesia (TNI AL) Laksamana (ADM) Muhammad Ali (kiri) bertemu Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Selasa.
BERJABAT TANGAN: Ketua Staf Angkatan Laut Indonesia (TNI AL) Laksamana (ADM) Muhammad Ali (kiri) bertemu Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Selasa. - Foto MINDEF

KETUA Staf Angkatan Laut Indonesia (TNI AL) Laksamana (ADM) Muhammad Ali bertemu Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Selasa. Semasa pertemuan mereka, Dr Ng dan ADM Ali mengesahkan hubungan pertahanan yang sudah lama terjalin antara Singapura dengan Indonesia serta TNI AL dengan Tentera Laut Singapura (RSN) dalam keselamatan maritim, menurut kenyataan Mindef. Beliau, yang berada di Singapura dari Ahad lalu hingga Selasa untuk lawatan pengenalannya, turut bertemu Panglima Angkatan Pertahanan Leftenan Jeneral Melvyn Ong dan Panglima RSN, Laksamana Muda (RADM) Aaron Beng selepas memeriksa Kawalan Kehormatan di Mindef. Sebagai sebahagian daripada lawatannya, Laksamana Ali melawat Pangkalan Tentera Laut RSS Singapura-Changi pada Selasa, di mana beliau melawat kapal sokongan kapal selam, MV Swift Rescue, RSN dan kemudahan latihan lain di sana.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg