Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Panglima Angkatan Tentera M’sia adakan lawatan pengenalan ke S’pura

May 14, 2024 | 7:12 PM
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Mohammad Abdul Rahman (kiri), dan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, mengesahkan hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan lama terjalin antara Malaysia dengan Singapura
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Mohammad Abdul Rahman (kiri), dan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, mengesahkan hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan lama terjalin antara Malaysia dengan Singapura - Foto MINDEF

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Mohammad Abdul Rahman, kini berada di Singapura bagi satu lawatan pengenalan, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan pada 14 Mei.

Beliau mengunjungi Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, pada hari tersebut.

Jeneral Mohammad dan Dr Ng mengesahkan hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan lama terjalin antara Malaysia dengan Singapura.

Dalam pertemuan itu, mereka juga bersetuju bahawa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Tentera Malaysia (MAF) perlu meneruskan kerjasama dua hala, di samping mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan, lapor The Straits Times.

Sebagai sebahagian lawatan dari 13 hingga 15 Mei itu, Jeneral Mohammad turut mengunjungi Panglima Pasukan Pertahanan Singapura, Laksamana Madya (VADM) Aaron Beng.

Di samping itu, beliau melawat Pangkalan Udara Sembawang, selain Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber dan Maklumat (ACICE) Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM) dan Pusat Penyebaran Maklumat (IFC).

ACICE dan IFC terletak di Pangkalan Tentera Laut Changi.

Dalam kenyataannya, Mindef menyatakan bahawa lawatan Jeneral Mohammad menekankan hubungan pertahanan yang telah lama terjalin antara Singapura dengan Malaysia.

Menurut Mindef, angkatan tentera kededua negara itu berinteraksi secara kerap melalui pelbagai kegiatan.

Ia memberi contoh latihan dua hala dan wadah pelbagai hala seperti Persetujuan Pertahanan Lima Negara (FPDA) – satu siri perjanjian pelbagai hala antara Singapura, Malaysia, New Zealand, Australia dengan United Kingdom.

“Interaksi ini telah memperkukuh hubungan profesional dan persefahaman bersama antara kakitangan dari kededua angkatan tentera ini,” kata kenyataan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg