Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Panglima AS-Indo Pasifik terima anugerah tentera berprestij S’pura

Mar 7, 2024 | 4:20 PM
Laksamana Aquilino memeriksa Kawalan Kehormatan di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 7 Mac.
Laksamana Aquilino memeriksa Kawalan Kehormatan di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 7 Mac. - Foto MINDEF

Panglima Komand Amerika Syarikat Indo-Pasifik (ASIndopacom), Laksamana John Christopher Aquilino, dianugerahkan Pingat Jasa Gemilang (Tentera) oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menyampaikan pingat itu kepada Laksamana Aquilino di majlis penganugerahan yang diadakan di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 7 Mac.

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen (kiri), menyampaikan Pingat Jasa Gemilang (Tentera) kepada Panglima Komand Amerika Syarikat Indo-Pasifik (ASIndopacom), Laksamana John Christopher Aquilino (kanan).
Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen (kiri), menyampaikan Pingat Jasa Gemilang (Tentera) kepada Panglima Komand Amerika Syarikat Indo-Pasifik (ASIndopacom), Laksamana John Christopher Aquilino (kanan). - Foto MINDEF

Pingat Jasa Gemilang (Tentera) pernah dianugerahkan kepada Ketua Operasi Tentera Laut Tentera Laut Amerika, Laksamana (ADM) Michael M. Gilday, pada 2023 dan Leftenan-Jeneral Melvyn Ong pada 2021.

Laksamana Aquilino dianugerahkan pingat itu sebagai mengiktiraf sumbangan besarnya dalam memperkukuh hubungan pertahanan dua hala antara ASIndopacom dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) merentasi darat, udara dan laut.

Di sebalik kesan pandemik Covid-19, SAF dan ASIndopacom dapat mengekalkan penglibatan dan mengukuhkan kerjasama melalui sokongan Singapura terhadap kehadiran Amerika, serta latihan yang berterusan antara tentera.

Menurut kenyataan Mindef pada 7 Mac, di bawah kepimpinan Laksamana Aquilino, dua pertubuhan pertahanan itu juga melihat pengembangan kerjasama dua hala ke ruang digital.

SAF, ASIndopacom dan Komand Siber Amerika juga telah menandatangani memorandum persefahaman merangkumi Kerjasama dalam Ruang Siber pada Ogos 2021.

Sebagai sebahagian daripada lawatan Laksamana Aquilino di Singapura dari 6 hingga 10 Mac, beliau bertemu dengan Dr Ng dan Panglima Pasukan Pertahanan, Laksamana Madya Aaron Beng.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg