Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Panglima Tentera Laut Diraja Thai terima anugerah ketenteraan berprestij S'pura

Aug 26, 2022 | 5:30 AM
PENGHORMATAN TENTERA: Panglima Tentera Laut Diraja Thai (RTN), Laksamana (Adm) Somprasong Nilsamai (kanan) dianugerahkan Pingan Jasa Gemilang (Tentera) oleh Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen (kiri). - Foto MINDEF
PENGHORMATAN TENTERA: Panglima Tentera Laut Diraja Thai (RTN), Laksamana (Adm) Somprasong Nilsamai (kanan) dianugerahkan Pingan Jasa Gemilang (Tentera) oleh Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen (kiri). - Foto MINDEF -

PANGLIMA Tentera Laut Diraja Thai (RTN), Laksamana (Adm) Somprasong Nilsamai, semalam telah menerima anugerah ketenteraan berprestij daripada Presiden Halimah Yacob.

Laksamana Somprasong, yang berada di Singapura sejak Selasa hingga semalam telah dianugerahkan Pingat Jasa Gemilang (Tentera) oleh Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen semasa majlis yang diadakan di Kementerian Pertahanan (Mindef).

Dalam satu kenyataan media, Mindef berkata Laksamana Somprasong menerima anugerah itu atas sumbangan besarnya dalam meningkatkan hubungan pertahanan dua hala yang erat dan lama antara RTN dengan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN).

Mindef menyatakan bahawa semasa dalam khidmatnya, kedua-dua angkatan laut telah menjalankan acara memperingati edisi ke-20 Latihan Singsiam pada awal tahun ini - latihan utama antara kedua-dua angkatan laut, menandakan interaksi fizikal disambung semula sejak permulaan pandemik Covid-19.

Laksamana Somprasong juga memastikan penerusan penempatan Pegawai Perhubungan Antarabangsa RTN ke Pusat Gabungan Maklumat RSN di tengah-tengah sekatan perjalanan berkaitan pandemik.

Mindef menambah bahawa kerjasama itu mencerminkan hubungan kukuh yang telah dibina dan pengesahan komitmen RTN terhadap inisiatif perkongsian maklumat dan pembangunan kapasiti pelbagai hala untuk meningkatkan keselamatan maritim di Selat Melaka dan Singapura.

Penerima lain bagi anugerah Pingat Jasa Gemilang (Tentera) baru-baru ini ialah Ketua Staf Tentera Udara Amerika Syarikat, Jeneral Charles Brown Jr; Ketua Staf Tentera Laut Indonesia Yudo Margono; dan Panglima Tentera Udara Diraja Brunei, Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif Dato Paduka Haji Ibrahim.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg